Wednesday 31 October 2012

Latihan Kebakaran & Kecemasan Peringkat Sekolah Kali ke-2 Tahun 2012

Pada 19 Julai 2012 (Khamis) telah diadakan latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah. Loceng telah dibunyikan tepat jam 8.30 pagi secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua murid dan staf-staf yang lain.

Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang besar sekolah. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.

Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:

1. Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
2. Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
3. Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
4. Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
5. Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.

Disertakan beberapa keping gambar semasa latihan kebakaran itu.





Lagi gambar KLIK SINI.

Tuesday 23 October 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan serentak pada 10 Julai 2012 jam 8.00  pagi di seluruh Malaysia, dengan perasmiannya telah berlangsung di Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15 Subang Jaya, Selangor oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin. Pada peringkat sekolah, ianya telah berlangsung di Dewan Serbaguna SJK(C) Pasir Pinji 1. Ia dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng dan seterusnya senamrobik yang telah dijalankan selama 35 minit. Kesemua murid dan guru yang menyertai acara ini nampak ceria walaupun penat setelah habis senamrobik itu. Berikut disertakan beberapa keeping gambar semasa senamrobik itu dijalankan.



Lagi gambar KLIK SINI.

Wednesday 17 October 2012

Kejohanan Olahraga dan Balapan Tahun 2012


Pada 7 Julai yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Olahraga & Balapan Tahunan bagi tahun 2012. 

Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Lembaga Pengurus Sekolah, En. Yap Kien Seng. Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan murid sekolah, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Sebanyak 23 acara sukan yang dipertandingkan. Setelah habis semua acara, acara khas telah diadakan untuk wakil-wakil PIBG.

Kejohanan Olahraga & Balapan ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepda rumah sukan yang menjadi Johan, Olahragawan & Olahragawati sekolah serta hiasan tercantik khemas. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG, En. Lee Chee Hoh A.M.P. serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.

Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.




Lagi gambar KLIK SINI.

Hari Ibubapa 2012 Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1

Pada 22 Jun 2012, telah diadakan Hari Ibubapa di prasekolah ini. Hari Ibubapa adalah hari penyerahan kad laporan prestasi murid bagi penggal pertama tahun ini. Objektif mengadakan Hari Ibubapa ini adalah bertujuan memberi gambaran kepada ibubapa tentang prestasi anak-anak mereka didalam kelas. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penglibatan ibubapa serta penjaga yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menghadiri perjumpaan ini. Kami warga kerja Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan kerana sudi hadir. Dibawah di lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.




Lagi gambar KLIK SINI.

Thursday 11 October 2012

Sambutan Tahun Baru Cina

Sambutan tersebut telah diadakan pada 20 Januari 2012 (Jumaat) yang lalu. Tepat jam 11.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina. Untuk makluman pada tahun ini, bermulalah Tahun Naga bagi masyarakat Cina. Ada juga kepercayaan dalam masyarakat Cina ini, Tahun Naga paling digemari oleh ibubapa untuk melahirkan anak.

Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang.



Lagi gambar KLIK SINI.

Tuesday 9 October 2012

Hari Orientasi Murid Prasekolah

Program berkenaan telah dijalankan pada hari Jumaat, 30 Disember 2011 yang lalu. Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru disamping memperkenalkan sekolah kepada murid-murid tahun satu dan prasekolah. Setinggi penghargaan kepada semua guru yang telah membantu menjayakan program ini bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.





Lagi gambar KLIK SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...