Thursday 6 December 2012

Prasekolah (Umum)


1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

2.0 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.
Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs).
Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
  
4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.


6.0 PEMILIHAN MURID
  • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya  untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.


7.0 JENIS-JENIS BANTUAN
  • Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)


8.0 TAHUN-TAHUN PELUASAN

Tahun
Bilangan Kelas Dibuka
Jumlah
1992
1131
1131
2002
100
1231
2003
1500
2731
2004
500
3231
2005
700
3931
2006
652
4583
2007
1324
5907
2008
939
6846
2009
350
7196
2010
315
7511
2011
705
8216
2012
448
8664

Data pada 31 Januari 2012

Sumber Portal KPM

Program Orientasi Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 Tahun 2013



SJK(C) PASIR PINJI 1,
JALAN PADANG, PASIR PINJI,
31650 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.


 PROGRAM ORIENTASI PRASEKOLAH
(SJK(C) PASIR PINJI 1)


2 – 4 Januari 2013


PROGRAM  ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2013

MATLAMAT

Memberi satu pendedahan dan pengalaman baru dunia awal pendidikan kepada  kanak-kanak dan berasa selamat serta  gembira ketika mengikuti kelas prasekolah nanti.


OBJEKTIF

1.1     Menyediakan suasana yang selesa dan konduksif demi memupuk rasa selamat di kalangan kanak-kanak.
1.2     Memberikan pengalaman baru dalam bersosialisasi secara sihat dan bergembira.
1.3     Memberi pendedahan awal tentang displin diri, kelas dan persekitaran sekolah.
SASARAN

25 orang kanak-kanak dalam lingkungan  umur 4+ tahun hingga  5+ tahun.

TENTATIF PROGRAM

TARIKH  :   2 JAN 2013  (RABU)
Masa
Aktiviti
Catatan

8.00 – 10.00 pg

Suai kenal – sesi pengenalan
Nyanyian 
Latihan Penggunaan Tandas
Permainan


Guru
 PPM
Circle Time

10.00 – 10.30 pg

REHAT
Kudapan


PPM sambil dipantau guru

10.30 – 11.15 pg

Permainan bentuk-bentuk asas / huruf
Menyesuai padan bentuk / huruf


Guru
PPM

11.15 – 11.50 pg

Menonton tayangan Upin dan Ipin
Guru
 PPM
VCD

11.50 – 12.00 tgh

Pengurusan diri
Persediaan Pulang
-          berbaris
-          ucapan
-          doa
-          bersalaman

Guru
PPM
TARIKH   :  3 JAN 2013 ( KHAMIS)
Masa
Aktiviti
Catatan

7.40 – 8.10 pg

Rutin Pagi
Perbualan Pagi


Guru

8.10 – 9.40 pg

Lawatan di Persekitaran Prasekolah
Permainan Luar


Guru

9.40 – 10.10 pg

REHAT
Kudapan
Latih cara menggosok gigi


Dibimbing oleh PPM sambil dipantau guru

10.10 – 10.40 pg

Lawatan di persekitaran sekolah

Guru
PPM

10.40 – 11.40 pg

Aktiviti Untai Gelung Kertas
Menyambung titik membentuk huruf


Guru
PPM
11.40 – 12.00 tgh
Pengurusan diri
Persediaan Pulang
-          berbaris
-          ucapan
-          doa
-          bersalaman


TARIKH   :  4 JAN 2013 ( JUMAAT)
Masa
Aktiviti
Catatan

7.40 – 8.10 pg

Rutin Pagi
Perbualan Pagi


Guru

8.10 – 9.40 pg

Aktiviti  mengguli tepung
    

Mengguli dan mengentel

9.40 – 10.10 pg

REHAT
Kudapan
Latih cara menggosok gigi


Dibimbing oleh PPM sambil dipantau guru

10.10 – 10.50 pg

Pengelasan Huruf
Menyambung titik membentuk huruf


Guru
PPM

10.50 – 11.50 pg

Permainan kotak beracun

Guru
PPM

11.50 – 12.00 tgh

Pengurusan diri
Persediaan Pulang
-          berbaris
-          ucapan
-          doa
-          bersalaman


Guru dan PPM

RUMUSAN

Diharap dengan adanya program seperti yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai sasaran objektif program.  Harapan kami warga prasekolah, semua kanak-kanak yang baru melangkah ke kelas prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 akan lebih berminat dan bersemangat mengikuti sesi pembelajaran seterusnya nanti.

Disediakan oleh,



..........................................
PN. CHAN SUET FONG
Guru Prasekolah
SJK(C) Pasir Pinji 1

Objektif Pendidikan Prasekolah


Prasekolah di Aliran Perdana menyediakan pengalaman pembelajaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan fizik (koordinasi motor halus dan kasar), kecerdasan (kreativiti, kecerdasan emosi, kecerdasan rohani), sosial emosi (sikap dan perilaku serta agama) bahasa dan komunikasi, sesuai dengan keunikan dan tahap-tahap perkembangan yang dilalui oleh anak usia 4+ dan 5+ tahun.

Saturday 24 November 2012

Puisi Kanak-Kanak



Karya sastera seperti pantun menggambarkan perasaan manusia seperti gembira, sedih, marah dan takut. Maka itu sastera yang baik yang ditulis dengan bahasa yang indah akan dapat menarik minat kanak-kanak. Puisi tradisional yang telah dicipta sejak zaman berzaman dapat memainkan peranannya didalam pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak.

Berikut adalah contoh pantun kanak-kanak yang sangat popular dari dulu sehingga sekarang.

Anak rusa Nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Anak rusa Nani,
Baru pandai jalan;
Apa salah kami,
Harap di maafkan.

Monday 19 November 2012

Makro Teaching


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) semasa makro teaching ini sila RUJUK SINI.

Lagu Kanak-Kanak

Bapaku Pulang


Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Akan kubawa ke sekolah..

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek..


Lawatan Sambil Belajar Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 - 18 April 2012

Sunday 18 November 2012

Majlis Konvokesyen Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1

Pada 5 November 2012, telah diadakan Majlis Konvokesyen murid-murid Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan persembahan murid prasekolah dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Lembaga Pengurus Sekolah, En. Yap Kien Seng, Pengerusi PIBG sekolah, En. Lee Che Hoh AMP, dan di akhiri oleh ucapan Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng.

Setelah itu, acara penyampaian sijil, anugerah dan hadiah telah berlangsung. Tahniah kepada murid-murid yang cemerlang pada tahun ini. Disertakan beberapa keping gambar semasa majlis itu berlangsung.





Lagi gambar KLIK SINI.

Tuesday 13 November 2012

Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Cina & Hari Kanak-Kanak 2012

Pada hari Isnin 15 Oktober 2012, telah diadakan Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Cina & Hari Kanak-Kanak 2012 peringkat sekolah. Ianya telah berlangsung dengan cukup meriah dengan persembahan murid-murid yang sangat menghiburkan. Ada antara ibubapa yang sudi menghadiri majlis berkenaan. Dipaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini.




Lagi gambar KLIK SINI.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) - KENDERAAN DI DARAT

Mata Pelajaran
:
Bahasa Malaysia
Prasekolah M
Kelas
:
Tarikh
:
19 Oktober 2012
Hari
:
Jumaat
8:30 am – 9:30 am (60 minit)
Masa
:
Bilangan Murid
:
25 orang
Tema
:
Alam Teknologi
Subtema
:
Kenderaan Darat
Tunjang Utama
:
BM – Bahasa Dan Komunikasi
Kesepaduan Tunjang
:
Fizikal Dan Estetika ( Kreativiti )
Standard Kandungan
:
        BM 3.5 membaca perkataan
Standard Pembelajaran
:
BM3.7.2 Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.
Objektif  Pembelajaran
:
Di akhir pengajaran pembelajaran ini murid – murid dapat:
i.Membaca empat perkataan yang diajar iaitu kereta, lori, bas, kereta api.
ii. Mengenal dan menyebut nama kenderaan darat dengan  
tepat.
iii. Membaca ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan guru.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir (KB): Memerhati, menghubungkaitkan, inferens, mengelaskan, 
menjanakan idea.
Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB): Menerima maklumat, memproses, melaporkan
Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal
Penerapan Nilai
:
Bekerjasama, Tolong-menolong, Keyakinan diri, Berdisiplin
Bahan Bantu Mengajar
:
Kad gambar, Kad bacaan, Kad suku kata, power point dan lembaran kerja,radio, carta lagu. 
Kosa Kata
:
kereta, lori, bas,  kereta api.
Ayat Tunggal Mudah
:
I).Ini kereta bapa.      
2).Lori itu besar.
3).Bas ini berwarna kuning  
4).Kereta api itu panjang.



Pengetahuan Sedia Ada


:


i.Murid-murid pernah melihat dan mendengar bunyi kenderaan.                                
Ii   Murid-murid mengetahui sebahagian daripada nama kenderaan darat.
iii. Murid pernah menaiki beberapa jenis kenderaan.

LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
Set induksi
(5 minit)

1.    Teka bunyi kenderaan.
1.Guru  memberi salam kepada murid-murid.
2.Guru memainkan  rakaman bunyi tersebut.
3.Guru menanya soalan berkenaan dengan kenderaan tersebut
4.Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini ialah kenderaan darat.
1. Murid-murid memberi salam kepada guru.
2.Murid-murid mendengar rakaman bunyi dengan teliti.
3.Murid-murid cuba meneka bunyi rakaman tersebut.

4. Murid-murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
BBM :
·    Laptop

Nilai murni :
·    Berdisiplin

Strategi:
-berpusatkan ICT
-berpusatkan murid.
Langkah 1
(15 minit)
1Namakan kenderaan darat dan bercerita mengenai kenderaan tersebut.
Contoh :
·         Kereta
·         Lori
·         Keretaapi
·         Bas
2.Menerangkan ciri-
ciri kenderaan darat kepada murid.
Contoh :
     Ciri – rupa
                  –kegunaan
1.Guru menunjukkan beberapa contoh kenderaan darat dengan Power Point slideshow.

2.Bersoal jawab dengan bahasa yang mudah dan menggalakkan murid bercerita.

3.Guru membimbing murid membaca perkataan.
1.Murid mengenalpasti rupa dan kegunaannya.

2.Murid bercerita mengenai rupa dan kegunaan kenderaan darat.

3.Murid mengeja dan membaca perkataan dengan betul secara kumpulan dan perseorangan.
BBM :
·    Power Point slideshow

Nilai murni :
·    Berkeyakinan diri

KBKK :
·    Memerhati

Penggabungjalinan
a)Bahasa dan komunikasi
b)   Perkembangan kognitif
Langkah 2
(10 minit)
 Pemainan kecil
( Muzik ‘Chair’ )
1.Memadankan kad gambar dengan kad perkataan.

1.Guru memberi arahan supaya murid duduk dalam satu bulatan besar

2.Guru memberitahu
peraturan-peraturan permainan kecil
  
1.Murid mengambil salah satu kad gambar dari kotak apabila bunyi muzik berhenti.
2. Murid  memadankan kad gambar dengan kad perkataan.

2.Murid membaca perkataan dengan betul.
BBM:
·         Kad gambar
·         Kad perkataan

Nilai murni :
·    Berkeyakinan diri
·    Berani

KBKK :
·    Menghubungkait

Langkah 3
(10 min)
1.Membaca beberapa ayat yang mudah.
Contoh ayat :

1.Ini kereta bapa.
2.Lori ini besar.
3.Bas ini berwarna kuning  
4.Kereta api itu panjang.


1.Guru menunjukkan beberapa contoh ayat kepada murid dan membimbing murid membaca ayat.

2. Guru memberi peluang kepada murid dari kumpulan cerdas membimbing kawannya membaca ayat.
1.Murid membaca ayat tunggal mudah dengan bimbingan guru.

2.Murid membaca ayat secara perseorangan.

3.murid membimbing kawannya membaca ayat tunggal.
BBM :
·    Kad ayat.

Nilai murni :
·    Berani
·    Tolong –menolong

KBKK :
· Memerhati

KMD: Bercita-cita mempunyai sebuah kereta baru.

Langkah 4
(15minit)
Lembaran kerja
1.Memadankan  gambar dengan perkataan.

2.Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1.Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi arahan kepada murid – murid.

2.Guru memantau murid  menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan.


1.Murid-murid menyiapkan lembaran kerja.

2.Murid-murid menghantar lembaran kerja mengikut kumpulan masing-masing.
BBM:
-   Lembaran kerja
-   Kad perkataan
-   Kad gambar

Nilai murni:
-   Keyakinan
-   Rajin

Penggabungjalinan_  Perkembangan fizikal ( motor halus – mata dan tangan)
_  Perkembangan kognitif
Penutup
(5 minit )
1.  Penyerapan nilai murni
2.  Aktiviti nyanyian
1.Guru menyerapkan nilai murni kepada murid.
2.  Guru memainkan lagu “Bapaku Pulang”.
2.  3.   Guru dan murid-murid menyanyi mengikut irama muzik.
-    4.Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
1.Murid-murid akan menyanyikan lagu dan membuat pergerakan yang betul.

2.Murid  merumuskan isi pelajaran hari ini.
BBM
-Video lagu “Bapaku Pulang”
MI

-Kecerdasan Linguistik
-kecerdasaan
muzik
-kecerdasaan Kenestik
-kecerdasaan
Bahasa

Penerapan Nilai :
-Bersyukur
-menjaga kebersihan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...